Pages

Showing posts with label solat subuh. Show all posts
Showing posts with label solat subuh. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

sayang selimut....


INDAHNYA SUBUH


“BANGUN, bangun. Dah masuk waktu subuh ini. Apa nak jadi ini ha, sayang sangat selimut.”


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat 
Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah 
kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), 
yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu 
tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur 
Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau 
as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah 
jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. 

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan 
berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya 
tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam 
syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta 
menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. 

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit 
dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu 
saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga 
hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh 
gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. 

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan 
tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak 
keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.